Sunday, 2 November 2014

~ Cerita Wedding Itu & kami ~

Assalamualaikum

Tetiba rasa nak menulis entri kat blog nie dah datang..sementara rasa rajin so saya teruskan sebelum kembali sibuk(busy r katakan)...sebenarnya saya tak tahu nak tulis tajuk apa kat entri kali nie...tajuk tuh kena or ada kaitan ke tak pon saya tak pasti...just nak kongsi...semuanya bermula daripada cerita perbincangan perkahwinan akak sedara saya(along,anak mak ngah)...tak lama lagi Kak Nisa akan berkahwinan so my parents sebagai pak long & mak long mereka sangat pelik sebab majlis dalam sebulan setengah je lagi...tapi takde pape khabar berita....

So bermula perbincangan di antara my parents atuk dan mak sedara dan pak sedara kami...masa nie kitaorang balik kampung sempena raya haji la katakan...balik kejap jela...so kesempatan nie my parents mulakanlah perbincangan mengenai perkahwinan Kak Nisa(anak Mak Ngah)...masa nie mak ngah seFamily takde...sebab my parents sangat risau so just berbincanglah sesama mereka....

So saya,adik dan Along kitaorang cuma mendengar....dengar jela kang menyibuk lebih kang kena marah lak...mula perbincangan orang2 tua nie biasa jela...bila tarikh nikah?bila tarikh majlis?berapa orang tetamu?makanan?lokasi?...semua lah berkaitan dengan perkahwinan....my parents pon cakap mengenai "Door Gift"....coz mereka nak sponsorlah sedikit untuk perkahwinan anak sedara mereka lah katakan...then acik ida pon cakap "susah bg long,abg ngah tuh mana nak semua nie...dia cakap nie semua pembaziran".... nak dijadikan ceritalah Pak Ngah kami nie orang warak dan islamic sangat...

Terasa perbincangan itu semakin panjang lebar....makin lama topik ini makin berat dan serius pada pemikiranku..Yup perkahwinan..."sungguh pening kepala saya mendengar perbincangan mereka semua"...bukankah perkahwinan itu mudah....keliru kadang2....BTW apa kaitan cerita dengan saya adik dan Along?nak dijadikan stori...ntah part mana tetiba ayah mention kat kami..okay Along,adik n Pisah(saya)...ingat okay nanti masa wedding korang "NO SANDING!" .....ermmmmmmm,maksud "Pelamin anganku musnah" bak kata adik saya..kami hanya mampu tersenyum....



Well2....saya tak pasti pasal Along...but kalau pasal adik saya....dia nie ada impian perkahwinan sendiri "Nak Bersandinglah"....saya tak tahu macam mana penerimaan adik atas bantahan mengenai "Sanding"............dan saya??...sejujurnya setiap orang impikan sebuah perkahwinan yang akan menjadi ingatan selamanya..memang sejak dari awal lagi,saya telah meletakkan dalam hati sekiranya suatu masa nanti jodohku dah sampai "Berkahwin" memang sedikit pon saya tidak meletakkan impian untuk bersanding......bersanding itu adalah Haram,di mana kita mempamerkan diri kita diatas pelamin,mana kena renjis dan tabur bunga rampai bagai...itu adalah adat tapi Haram dalam agama Islam...so not a big issue for me....


Mungkin juga ada segelintir orang melihat saya dengan pelbagai persepsi apabila berkenaaan dengan rancangan perkahwinan or konsep perkahwinan saya....saya macam nie saya macam tuh saya akan buat camni saya akan buat camtu saya leceh cerewet saya demand.....and so on.....to be truth,I just have a Simple Wedding Dream(sebuah perkahwinan yang diredhai dan diterima olehnya)....people never ask,so people never know :) ....


SAID : Ya Allah permudahkanlah ceriteraku....mungkin suatu masa nanti....In Shaa Allah Pasti Tiba :)

Aamin....