Rasa itu Kian Pelik
Tatkala Diri Mula Melupakanmu
Hatiku Kian Merindu
Jiwaku Diam Meronta
Terasa Sakit Duka Kecewa
Mula Menghantui Diriku
Ikhlaskah Diriku Melepaskanmu
Atau Hanya Alasanku Melupakanmu
Andai Kebenaran Mampu Terucap
Pasti Ku akan Lontarkan Sekuat Hati
Biar Seluruh Dunia Tahu Rasa Ini
Sekian Kalinya Rasa Ini Kembali
Rasa Rindu yang Teramat
Rasa Sayang yang tak Terucap
Rasa Bahagia Bila Bersama
Tapi kini semua tinggal mimpi
Kerana dikau takkan pernah kembali
Kembali seperti dulu
Membahagiakanku Melindungiku
Menyayangiku Merinduiku
Dan Membuatku Tersenyum Disisimu
Kerana Dikau Telah Melupakanku
Membuangku Mencampakkanku
Meninggalkanku Membenciku
Bersabarlah Hati
Jangan Kau Tangisi Lagi
Cukup Sampai Disini
Takku pernah membenci
Mahupun menyakiti
Bukan kehendak hati
Untukku melangkah pergi
Cuma ini yang Terbaik
Untuk Kebahgiaan Dirimu Sayang...
| ~ terdiam keseorangan...merindui kamu!!tapi daku jua ditinggalkan ~ |